Sunday 9 September 2012


Lirik Lagu Kelip-Kelip – Remy Ishak(29 februari)


Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip



--kelip-kelip dihatiku--

Friday 20 July 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum

Setelah diperkenankan oleh raja-raja , bahawasanya esok 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H seluruh umat Islam di Malaysia akan mengerjakan ibadah puasa selama sebulan. InsyaAllah. (skema la sangat ayat ! HAHA)



Bercakap soal puasa, banyak kelebihan yg kita dapat. Antaranya :
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila ia melihat sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
      • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
      • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
      • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda.
      • e) Dan mereka dikurniakan nikmat keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa akan diampunkan dosanya oleh Allah, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga ia masuk ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Orang yang sembahyang pada bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan keikhlasnya kerana Allah, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipa tkali ganda daripada bulan-bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Alhamdulillah, banyak  kelebihan yg dapat kita ambil dlm bulan Ramadhan ini biar pun just copy paste. SHARING is CARING.


Lakukanlah apa yg patut di bulan Ramadhan ketika masih diberi kesempatan utk mendapat keberkatanNya. InsyaAllah~


Saturday 9 June 2012

•ï¡÷¡ï•( Petua Untuk Menyayangi Seseorang )•ï¡÷¡ï•











Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

 Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.







Are true MAN does love U by MILLION love, but love U with MILLION way..










Monday 28 May 2012

DANBO meratapi nasib

Assalamu'alaikum .

Ikutilah bersama-sama kisah danbo yg comel ni .


Danbo sedang berjalan sendiri meratapi nasib . Tidak ada teman disampingnya .


Danbo berhenti di jalan dan sedang merenung . Dia berfikir masih adakah sahabat yg masih setia seperti dulu ?


Danbo mendongak ke atas dan melihat langit . Adakah bintang masih menemani bulan disaat-saat kesusahan ?


Danbo tunduk menyesal atas apa yg terjadi padanya .


Danbo ingin seperti dulu . Gembira dan sedih bersama . Danbo ingin seperti itu lagi :'(


Danbo minta maaf . Danbo ingin seperti dulu lagi . Danbo ingin menjalin persahabatan yg kekal lagi . Danbo minta maaf atas apa yg terjadi . Danbo menyesal :( . Danbo minta maaf . Maafkan danbo ya ?

Sekian~

p/s: budak kecik hack blog ni..hehe..jgn marah ye tuan punya blog..

Wednesday 23 May 2012

--:SUATU PERJALANAN:--


alhamdulliah..=) siap jgak blog hasil bantuan "someone" yang nak tolong ngan -exlaz- kanx3 "budak kecik" apa2 pown bermula larh lagi suatu perjalanan di negeri orang...(raye nnty bru blek kampong)hehe..

sory la gua baru lgi kat Blog2 nie...idea pown x bnyak (kes nak tujuk gambar jew sebnarnya)

apa2 pown gua ada pantun untuk korang.
.





Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


so,sape2 yg ada ilmu jngan kedekot nak kongsi ok hehe..